Make your own free website on Tripod.com
 
 

Seloka kita
Seloka kelas

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera kepada semua,
Mari saudari,marilah saudara,
Seloka 5 Gigih tatapan bersama.

Cikgu Onn kacak sendiri mengaku,
Jawatan guru kelas tersandang dibahu,
Ilmu komputer semua dia tahu,
Asyik tersenyum ceria selalu.

Farhan web master serupa Mr.Bean,
Merangkap ketua kelas,lawak orangnya,
Susie Boniface pembantu yang setia,
Badan kecil molek,asyik disakat saja.

Gadis Lun Bawang Cheryl namanya,
Selaku bendahari,amanah orangnya,
Dorica disebelah teman setianya,
Bermain gitar menjadi hobinya.

“Mr.Chemistry” gelaran Arfindy,
Asyik berangan jadi ahli astronomi,
Anthianne pulak suka makan Maggie,
Duduk dibelakang sebab terlebih tinggi.

Pejah yang montel asyik nak perasan,
Jatuh dari kerusi kami dah tak hairan,
Asman Zainuddin warga gigih veteran,
Radhi OAG penyanyi pujaan.

Selina Ubong jengkel senyumannya,
Asyik berjiwang itulah hobinya,
Sylvester Wong pula anak campuran Cina,
Mata keranjang watak dipegangnya.

Ganas tingkah laku tapi baik hatinya,
Mangsa jatuh tangga semestinya Farzana,
Marry yang pendiam menyakat hobinya,
Atikah pula mangsa yang terkena.

Digelar “Koala Bear” tentunya Amalina,
Cermin mata tebal teman sejatinya,
Nur Khairunisa menarik orangnya,
Jika disakat jelingan optima habuannya.



Bersikap gila-gila perwatakan si Clary,
Lawak spontannya sentiasa menjadi,
Geraldine pula suka menyanyi,
Menjadi pramugari cita-cita dihati.

Suka membebel Francis lah orangnya,
Khairul “Mat Belia” bercermin sahaja,
Macho lagaknya,Eldridge namanya,
3 skuad pirana asyik minum soya.

Title “Sleeping Beauty” Nurfadzillah yang pegang,
Lilian kat sebelah asyik nak meradang,
Segak bergaya, tegap macam Badang,
Tak lain tak bukan mestilah Sylvester Adang.

Kemana pergi sentiasa bersama,
Guru mengajar mereka melawa,
Angie menjerit satu kelas bergema,
Emmylia pula tak henti ketawa.

Ratna Sri Utami berjiwa sastera,
Petah berbicara, bahasa berbunga,
Florence dibelakang asyik diam saja,
Dalam diam-diam terlena rupanya.

Adibah a.k.a dwarf pengarang seloka,
Cita-cita tinggi tak macam orangnya,
Perangai pelik tak usah cerita,
Pak Abbas kata macam-macam ada.

Sebelum berundur ampun maaf dipinta,
Kepada kawan-kawan yang telah terkena,
Bukan niat mengeji ataupun mengata,
Sekadar gurauan ingatan dihari muka...
 


Copyright 2007 gigih-planet.com. All Rights Reserved.
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang,
98008 Miri, Sarawak, Malaysia